Latar belakang Pakar kehidupan kanak-kanak

Pakar kehidupan kanak-kanak di Amerika Utara merupakan seorang profesional yang secara tradisinya bekerja di persekitaran hospital. Mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perkembangan psikososial kanak-kanak, dan menggalakkan strategi daya tindak yang berkesan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka yang sedang dalam tekanan.[2] Pakar kehidupan kanak-kanak mampu mengiktiraf keperibadian pesakit, dan menggunakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan perkembangannya, termasuk bermain, persediaan untuk prosedur perubatan, pendidikan, ekspresi diri dan sokongan keluarga untuk membantu mereka menghadapi cabaran memasuki ke hospital, penyakit, atau ajal. Pakar kehidupan kanak-kanak telah dilatih untuk mengambil kira perkembangan kognitif, emosi dan fizikal setiap kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan optimum kanak-kanak yang menghadapi pengalaman mencabar, terutamanya yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan kemasukan ke hospital.[3][4]